
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia digesa terus bersuara demi kepentingan rakyat Palestin, ketika konflik antara Israel dan Hamas masih berterusan di Semenanjung Gaza.
Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz berkata, individu yang benar-benar menyokong rakyat Palestin tidak boleh berputus asa untuk terus bersolidariti bersama mereka atau bersuara di media sosial.
“Kita mesti himpun tekanan ke atas negara utama. Kita perlu terus beri tekanan kepada Amerika Syarikat,” katanya dalam himpunan solidariti Palestin di luar Kedutaan AS di sini.
“Malam ini, mereka yang bergelar ibu bapa dapat bersama anak-anak mereka. Jangan lupa ratusan ribu rakyat Palestin tidak dapat bersama keluarga mereka lagi. Ratusan ribu ibu bapa Palestin tidak dapat melihat anak mereka membesar.”
Beliau berkata, Presiden AS, Joe Biden dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tidak mampu mendiamkan…