
PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat serta negara pada 2024, selain perpaduan dan keharmonian terus berkekalan.
“Semoga seluruh rakyat dan negara dilimpahi keberkatan, kesejahteraan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah.
“Semoga juga dikurniakan keafiatan, perpaduan dan keharmonian yang berkekalan,” titah Seri Paduka berdua dalam poster dimuat naik di Facebook Istana Negara.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pula mengharapkan ketibaan 2024 akan memberi suasana lebih cerah dan positif buat rakyat, di mana kerajaan perpaduan akan memfokuskan usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara bagi meredakan kesusahan rakyat, selain menjamin perkhidmatan pendidikan dan…