Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Adakah miskin tegar sudah dinoktahkan, pemimpin PAS tanya Putrajaya

today1 January 2024

Background


Anwar Ibrahim pada Jun lalu mengarahkan semua jentera kerajaan bekerjasama membasmi kemiskinan tegar pada 2023.

PETALING JAYA: Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menggesa kerajaan menjelaskan sama ada matlamatnya membasmi kemiskinan tegar tahun lalu sudah dicapai.

Katanya, Putrajaya perlu memberi penjelasan kerana ia berulang kali menyuarakan keyakinan dapat membasmi kemiskinan tegar pada 2023.

“Hari ini 1 Jan 2024, adakah tidak wujud lagi miskin tegar di Malaysia? Kerajaan dimohon perjelaskan,” soalnya dalam catatan Facebook malam ini.

Jun lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, beliau mahu semua jentera kerajaan bekerjasama membasmi kemiskinan tegar pada 2023.

Beliau mengulangi ikrar kerajaan itu ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat pada 11 Sept lalu.

“Sehingga 15 Ogos 2023, kerajaan masih bertungkus lumus menyelamatkan hampir 114,000 keluarga miskin tegar daripada cengkaman kemiskinan,” katanya di…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post