
KUCHING: Sarawak mengisytiharkan dua bahagian di negeri itu iaitu Kuching dan Bintulu sebagai kawasan jangkitan rabies.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Stephen Rundi Utom berkata daripada 16 sampel yang dikumpuL, 12 ekor anjing diuji positif membabitkan lapan di Kuching, Padawan (1), Bau (1) dan Bintulu (2).
“Semua anjing berkeliaran yang diuji adalah tidak divaksinasi. Justeru, saya mengingatkan orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan segera mendapatkan rawatan di klinik dan hospital berhampiran jika digigit oleh haiwan yang disyaki berpenyakit rabies,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, beliau menandatangani perintah pemvaksinan anti-rabies di bawah seksyen 40 (1) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999, yang menghendaki semua anjing di dalam negeri mendapatkan vaksinasi anti-rabies dan penggalak tahunan.
Rundi…