Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Agong, Permaisuri tunjuk bakat baca berita

today17 January 2024

Background


Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menunjukkan bakat membaca berita dalam lawatan ke Sri Pentas hari ini.

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah malam ini menghiasi siaran Buletin Utama TV3 apabila menjadi pembaca berita diraja.

Menerusi slot khas dipanggil Buletin Diraja TV3, Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menunjukkan bakat membaca berita pada rancangan mula bersiaran 8 malam itu.

Pasangan diraja itu tampil hampir 15 minit membaca berita berkaitan perpaduan masyarakat majmuk dan ternakan ikan patin buah di Pahang, selain laporan liputan lawatan mereka ke Sri Pentas terletak di Bandar Utama di sini.

“Macam muka kenal je nie,” seloroh Tunku Azizah yang ditujukan kepada Sultan Abdullah dalam klip video tular di media sosial.

Sultan Abdullah dari Pahang yang akan menamatkan penggal…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post