Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Caprice Bongkar Banyak Perkahwinan Berantakan Angkara Suami Ada Akaun DS!

today22 January 2024

Background

Penyanyi rap sensasi, Caprice tampil membongkar keruntuhan sesebuah rumah tangga berlaku berpunca daripada kegiatan jijik dipercayai akaun sisi gelap atau ‘Dark Side’ (DS) di media sosial.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Caprice mendedahkan terdapat ramai individu meluahkan masalah dengan menyatakan DS adalah punca berlakunya perceraian.

Rata-ratanya adalah wanita yang mendakwa suami mereka pernah melanggan akaun DS di beberapa aplikasi mesej sehingga perkara tersebut dapat dihidu isteri.

Lebih parah, ada juga mendakwa suami mereka pernah membuat panggilan video dan mesej berunsur lucah bersama wanita lain ketika isteri sedang berbadan dua.

Ada juga berpendapat perbuatan jijik tersebut seolah-olah sebuah keganasan dalam rumah tangga.

Dark side

Dark Side

Malah, ada juga yang tidak serik melakukan perbuatan keji tersebut apabila dikatakan sudah beberapa kali ‘kantoi’ dengan isteri.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa pasangan kekasih dan tunang mereka turut ‘berubah’ selepas mengikuti komuniti DS sehingga berlaku perpisahan selepas ‘kantoi’.

Ternyata perbuatan terkutuk itu sungguh membuat seseorang wanita berasa sedih dan kecewa terhadap suaminya sehingga trauma.

Dark Side

Dark Side

Perkongsian Caprice itu mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen apabila ramai yang mengecam perbuatan keji tersebut.

Akaun ‘Dark Side’ merujuk kepada individu yang terlibat dalam tindakan tercela, menawarkan interaksi maya atau menjual video lucah dengan bayaran.

Written by: Aqilah


Previous post