
BUTTERWORTH: Dua pilihan sedang dipertimbangkan dalam usaha memulihkan bekalan air susulan kejadian paip pecah di dasar Sungai Perai petang tadi.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow, yang juga pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), berkata pilihan pertama ialah memperbaiki paip bocor yang dijangka boleh disiapkan antara 24 hingga 48 jam.
Pilihan kedua pula ialah mempercepatkan pemasangan paip alternatif yang disedang giat berjalan, dan dijangka akan mengambil masa lima atau enam hari.
Dalam penerangannya kepada pemberita malam tadi, Chow berkata pihaknya akan dapat tentukan pilihan yang terbaik bagi menyegerakan pemulihan bekalan air, selepas penyelam selesai menilai keadaan paip di dasar sungai.
“Setelah penilaian baru kita tahu sama ada kerja-kerja kebocoran itu dapat dilakukan atau kita perlu percepatkan lagi kerja-kerja paip lencongan supaya ianya dapat…