
IPOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 16,142 kes memandu melebihi had laju menerusi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) menerusi pelaksanaan operasi khas sepanjang perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 sejak 1 April.
Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ Lokman Jamaan, berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 95% memandu dalam kelajuan antara 130 km/jam hingga 170 km/jam, manakala selebihnya dikesan memandu melebihi 170 km/jam.
“Pemandu perlu lebih bertanggungjawab pada diri sendiri dan keselamatan pengguna jalan raya lain dengan mengawal had kelajuan kenderaan yang bergerak pada kelajuan ditetapkan.
“Secara tidak langsung ia mampu mengurangkan kadar kemalangan dan kematian harian dalam tempoh musim perayaan,” katanya kepada pemberita pada Operasi Bersepadu Motosikal HRA 2024 di Meru…