Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sukma 2024: Selangor tawar ganjaran RM10,000 untuk pingat emas

today3 August 2024

Background


amirudin
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata beliau yakin kontinjen Selangor mempunyai peluang cerah untuk muncul juara Sukma 2024.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengumumkan ganjaran RM10,000 untuk atlet negeri itu yang berjaya memenangi pingat emas dalam Sukma 2024, meningkat berbanding inisiatif RM3,500 pada penganjuran sebelum ini.

Amirudin berkata untuk acara berpasukan yang mempunyai lima orang ke bawah seperti badminton, sepak takraw, tenis dan squash, masing-masing akan menerima RM5,000 untuk satu pingat emas.

Untuk acara berpasukan yang lebih besar seperti ragbi, bola sepak dan hoki, pemain akan menerima ganjaran RM3,000 setiap seorang, katanya pada majlis penyerahan bendera kepada kontinjen Selangor ke Sukma 2024.

Pada kejohanan kali ini, Selangor meletakan sasaran 61 pingat emas.

Sarawak akan menjadi tuan rumah Sukma 2024 yang berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos.

Sukma 2024 menampilkan 37 sukan membabitkan 488 acara, dan disertai seramai 12,619 atlet…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Amirul Aiman


Previous post