Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tak tahan ‘diserang’ warganet Malaysia, pelumba trek Jepun tutup komen

today12 August 2024

Background


Pelumba trek Jepun, Shinji Nakano berlanggar dengan Muhammad Shah Firdaus Sahrom pada aksi akhir keirin lelaki, Olimpik Paris, pada Ahad. (Gambar Instagram)

PETALING JAYA: Pelumba trek Jepun, Shinji Nakano, terpaksa mengehadkan komen dalam akaun Instagram miliknya selepas dihujani kecaman daripada warganet Malaysia, susulan pelanggaran dengan Muhammad Shah Firdaus Sahrom, dalam acara akhir keirin lelaki, pada Olimpik Paris.

Semakan dalam akaun Instagram itu mendapati komen dalam hantaran telah dihadkan, dengan komen dibuat rakyat Malaysia yang mencemuhnya sempat dibuat dalam pelbagai hantaran Nakano sebelum ini.

Kebanyakan pengguna menuduh pelumba basikal itu memaparkan semangat kesukanan rendah dan tidak profesional, manakala ramai juga mengecamnya.

“Patutlah Jepun sering dilanda gempa bumi,” kata seorang pengguna, manakala ada yang memberi ‘amaran’, “Jangan sampai Malaysia menjajah Jepun sebagai balasan.”

Bagaimanapun, timbul permohonan maaf akibat pelanggaran itu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post