
PETALING JAYA: Pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom menasihatkan rakyat Malaysia menjaga nama baik negara, selepas warganet membanjiri akaun media sosial peserta Jepun, Shinji Nakano dengan kritikan atas pelanggaran semasa final keirin lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024 semalam.
Katanya, atlet negara sentiasa berusaha menjaga nama baik Malaysia di peringkat global, justeru beliau berharap peminat sukan akan melakukan perkara sama dalam talian.
“Apa jua yang berlaku di lapangan dan gelanggang, jangan sesekali diheret sebagai isu peribadi dan emosi. Negara kita negara yang penuh budi bahasa, semoga terzahir dalam konteks sukan juga,” katanya menerusi catatan dalam talian.
Menurutnya, beliau akur dengan keputusan perlumbaan malam tadi, yang membawa kepada penyingkirannya ke tempat keenam kerana memasuki…