Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pengarah media strategik PMO meninggal dunia

today18 August 2024

Background


rozaid abdul rahman
Rozaid Abdul Rahman dilantik menjadi pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Strategik PMO pada 23 Mei 2023. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri (PMO), Rozaid Abdul Rahman meninggal dunia di kediamannya petang tadi.

Bahagian Media dan Komunikasi Strategik PMO memaklumkan pemergiannya disebabkan masalah jantung.

“Pejabat Perdana Menteri mendoakan agar keluarganya diberi kekuatan dan ketabahan, dan diampunkan segala dosa Almarhum serta diberi tempat istimewa di sisinya,” katanya.

Rozaid, 59, menerima rawatan di Hospital Serdang sejak 1 Julai lalu dan telah dibenarkan keluar dari hospital pada 6 Ogos.

Sementara itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyifatkan Rozaid sebagai individu berdedikasi dan komited melaksanakan tugas.

Menurutnya, beliau juga bersifat ramah, suka membantu rakan , dan sangat dihormati.

“Pemergian beliau merupakan kehilangan yang amat besar buat industri media, serta sememangnya dirasai dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post