Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Anim Ezati Kongsi Video Majlis Kahwin

today30 August 2024

Background

Pengacara televisyen popular, Anim Ezati akhinya berkongsi video perkahwinannya bersama suami tercinta menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, Anim atau nama penuhnya, Anim Ezati Rizki Mohd Khalid, 32, memaklumkan, walaupun malas untuk berkongsi sebaang berita mengenai hal pernikahannya, namun ini adalah sebagai tatapan pengikutnya yang sentiasa menyokong dan mengambil berat terhadap dirinya.

“Sebenarnya malas dah nak share. benda pun dah lama. Tapi sebab this video macam compile kan our story menjadi 1 cerita yang lengkap. Humble, intimate and simple. Itu lah kami. This video was so “US”

“Hari Pernikahan kami. Benda pun dah jadi, korang layan lah kalau sudi. Simple-simple dan tenang-tenang. Paling penting saya rasa muka seposen awak tu sayang paling win dalam video ni @brawlersbros,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anim Ezati Rizki (@anim.ezati)

 

Terdahulu, Anim tidak berkongsi secara terperinci mengenai tarikh pernikahannya bersama suami baharunya itu.

Malah, dia menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai niat untuk merahsiakan berita gembira tersebut gara-gara enggan perkahwinannya itu menjadi buah mulut negatif warganet.

“Sebab apa tak nak bagitahu? Kalau bagitahu nanti akan ada mulut-mulut yang tak sedap untuk didengar. Jadi tak payahlah, dan lebih baik kami bahagia dengan cara kami.

“Bukan niat nak sorok dan rahsiakan mengenai suami saya ke apa, tidak. Tapi kami hidup seperti biasa dengan cara kami. Sama seperti anda semua, kalau kahwin pun ada ja orang yang korang tak jemput.

“Tapi kalau ada tiba-tiba ada pula cakap buat maksiat ke apa, itu masalah orang itulah. Jangan pula salahkan kami sebab kami tak kongsikan perkahwinan kami,” katanya kepada pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN:Kembali Bergelar Isteri, Anim Ezati Ada Sebab Rahsiakan Perkahwinan – “Kalau Cerita, Orang Buat Spekulasi & Kaitkan Dengan Kisah Lama”

ARTIKEL BERKAITAN:“Lepas Poligami Laki Makin Sayang.. Tak Percaya? Minta Laki Akak Kahwin Lagi” – Umisya Mazlan Sinis Balas Komen Celupar

ARTIKEL BERKAITAN:Anim Ezati Kini Berstatus Ibu Tunggal – “Kalau Boleh, Saya Tak Nak Langsung Kongsi Perkara Begini”

ARTIKEL BERKAITAN:Taufiq Hanafi, Anim Ezati Sedang Bercinta… Harap Hubungan Sampai Ke Jenjang Pelamin – “Dia Pandai Ambil Hati Saya & Keluarga”

Written by: Salma


Previous post