
PETALING JAYA: Patung Buddha terletak kuil berusia 80 tahun di Kuala Terengganu didapati sengaja dirosakkan pagi ini dengan polis mengesyaki tindakan itu dilakukan pemain nombor ramalan yang kecewa.
Ketua Polis Terengganu Azli Noor ketika mengesahkan kejadian, menyatakan seorang pekerja Kuil Choo Men Thong mendapati patung Buddha bermuka empat berada di lantai, selain kaca bertaburan di sekeliling, pada 7.15 pagi.
Pengerusi kuil berkenaan tampil membuat laporan susulan kejadian itu.
Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
“Patung itu tidak terjejas, tetapi ditolak ke lantai oleh individu tidak dikenali,” kata…