Pelakon, Lana Nodin, 45, mengaku suaminya, Mohd Daud McKienzie juga tidak terlepas menjadi ‘mangsa’ gangguan lelaki songsang.
Kata Lana, golongan tersebut tanoa segan silu menghantar mesej berbaur godaan di media sosial.
Lebih mengejutkan, terdapat dalam kalangan mereka yang berani mengajak suaminya itu meluangkan masa bersama dengan mereka di gimnasium.
“Ramai yang cuba goda suami saya di media sosial bukan kaum perempuan tetapi golongan yang menyukai kaum sejenis.
“Mereka ini berani mengajak suami pergi gimnasium dan bersenam dengan mereka,” katanya kepada pemberita.
Berasa pelik dengan tindakan individu berkenaan, Mohd Daud bagaimanapun meminta pertolongan isterinya itu untuk membalas mesej tersebut.
“Suami saya berasa pelik dengan perkara itu dan minta saya tolong jawabkan mesej yang diterimanya di media sosial,” jelasnya.
Dalam pada itu, Lana juga sempat berkongsi mengenai perkahwinannya bersama seorang mualaf.
Menurutnya, dia bersyukur apabila dikurniakan seorang suami yang baik dan paling penting bukan tidak gatal dan ‘mata keranjang’.
“Alhamdulillah, saya bersyukur dikurniakan Allah suami yang baik selepas beberapa kali gagal dalam perhubungan.
“Suami saya bukan ‘mata keranjang’ dan dia juga tidak suka pada perempuan yang berpakaian terlalu terdedah.
“Malah, suami juga sentiasa mendahulukan isteri dan anak-anak dalam apa juga keadaan,” kongsinya.
Sekadar info, Lana mendirikan rumah tangga dengan Daud pada 15 Mei 2015.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu, Gia Quinn Mckienzie, 9 dan William Daud Mckienzie, 6.
Sumber: Harian Metro