
ISLAMABAD: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengulangi keperluan bagi setiap negara memiliki asas ekonomi yang utuh dalam mendepani cabaran dan asakan ketidaktentuan global.
Bercakap di Universiti Sains dan Teknologi Kebangsaan (NUST), beliau berkata reformasi ekonomi perlu dimulakan meskipun langkah itu tidak popular.
“…kita tidak seharusnya lupa bahawa asas ekonomi kita perlu kekal teguh dan utuh dalam mendepani cabaran serta asakan ketidaktentuan global dan ia perlu merangkumi pembaharuan struktur yang diperlukan meskipun langkah ini tidak popular pada mulanya.
“Meskipun ubat yang baik dan berkesan mungkin pahit serta sukar ditelan, kesembuhan dan hasil yang diperoleh adalah berbaloi dengan pengorbanan yang dilakukan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama “Echoes of Iqbal: Charting A Future of Renewal and…