Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Lelaki Jual Daging Salai Kumpul Dana Implan Tempurung Kepala Dapat RM15,000 Daripada PMX

today20 February 2025

Background


Muhammad Sufi sebelum ini menjalankan penjualan daging salai di TikTok bagi mendapatkan dana untuk implan tersebut namun ianya tidak mendapat sambutan sehinggalah beberapa hari yang lalu ramai yang hadir membuat tempahan selepas kisahnya tular.

“Saya pernah menjual daging salai secara langsung di TikTok tetapi tiada sambutan. Namun, sejak dua hari lalu, ramai yang menghubungi saya untuk membuat tempahan selepas kisah saya ditular di media sosial,

“Saya memerlukan RM15,000 untuk kos pembedahan memasang implan tempurung kepala dan ianya sudah cukup.

“Memang pembedahan ini ada risikonya tetapi saya berdoa supaya semuanya berjalan lancar,” katanya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Iqmal Hazzwan


Previous post