Menerusi video perkongsian @iqanabilaidi di TikTok, wanita tersebut berkongsi bagaimana keadaan pakaian di kedai itu dilihat bersepah dan terdapat banyak kain yang dibiarkan di atas lantai.
“Baju cantik, samping, kurta semua dan murah, tapi agak-agaklah kalau datang serbu pun, tak payahlah buka packaging dia lepastu campak atas lantai.
“Baju kualiti premium harga berpatutan tapi yang membeli perangainya tak berapa nak premium sorry,” tulisnya.