
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengarahkan pengimport membawa masuk produk makanan daripada pasaran Indonesia yang didapati mengandungi DNA babi (porsin), mengambil tindakan penarikan balik produk terbabit daripada pasaran Malaysia.
Ketua Pengarah Jakim Sirajuddin Suhaimee berkata pihak terbabit diarahkan untuk segera menghubungi jabatan itu.
Beliau berkata langkah tersebut sejajar dengan prinsip utama memelihara hak pengguna Muslim dan memastikan integriti sistem pensijilan halal negara sentiasa terpelihara serta diyakini.
“Justeru, Jakim menyeru orang ramai turut memainkan peranan dengan menyalurkan maklumat atau aduan sekiranya menjumpai produk tersebut di pasaran menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Jakim di pautan https://islam.spab.gov.my/eApps/system/index.do,” katanya dalam kenyataan.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: