Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Murid Perempuan Trauma Mahu Ke Sekolah Selepas Ditengking Guru Di Khalayak Ramai

today26 May 2025

Background


Di dalam hantaran yang sama, ibu kepada kanak-kanak tersebut turut berkongsi perbualan mesej di antara dia dan guru terbabit.

Wanita berkenaan menyatakan hasrat untuk bertemu dengan guru tersebut bagi menyelesaikan isu itu secara baik.

Namun, guru berkenaan dipercayai tidak mempedulikan permintaannya, sebaliknya menghantar video dirinya bersama beberapa guru lain yang mengherdik serta memaksa kanak-kanak itu supaya bercakap jujur.

“Selepas ini, jangan buat lagi serta tuduh cikgu macam-macam tau, cikgu tak nak dengar dah. Awak tak nak sekolah, awak cakap dengan mak awak tapi jangan tuduh cikgu buat itu buat ini pada awak,” kata guru itu dalam video terbabit.

Difahamkan, video itu dihantar kepada ibu murid berkenaan adalah bertujuan sebagai bukti bahawa dakwaan yang dibuat oleh anaknya adalah tidak benar.

Bagaimanapun, wanita itu turut kesal dengan tindakan guru terbabit yang didakwa mengabaikan mesej yang dihantar, meskipun beliau cuba berbincang dengan baik.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post