Tindakan spontan penyanyi terkenal, Hael Husaini ketika sesi siaran langsung di akaun TikTok miliknya baru-baru ini berjaya menyorot perhatian ramai.
Menerusi rakaman yang tular dan dikongsi semula oleh peminat, kelihatan pelakon dan penyanyi Amira Othman turut menyertai sesi tersebut sebelum sempat mengajukan soalan ‘panas’ berhubung perancangan Hael untuk mendirikan rumah tangga.
”Amira tanya ni bila nak kahwin? Maybe, lepas dia.
“Very soon kan Mira? Kalau lepas Mira maksudnya?,” katanya.
Dalam pada itu, Hael juga sempat berseloroh dengan bertanyakan keberadaan Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika sesi siaran langsung tersebut.
Sekaligus, berharap agar penyanyi nombor satu negara itu tidak menyertai siaran langsung tersebut dek kerana banyak ‘rahsia’ yang diketahui beliau.
“TokTi ada lagi? Alamak. TokTi jangan ada dekat dalam live ni semua rahsia negara dia pegang. Jadi Amira kau behave okay.
“Kalau TokTi ada dalam ni, kau behave Mira,” jelasnya.
@monalizajantan cr live: @Hael Husaini #amiraothman #datositinurhaliza #artismalaysia #trending #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Ummi Mona