Tawaran kerja dan undangan menjayakan konsert yang tidak putus, penyanyi dan komposer, Hael Husaini mengakui soal penat bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan alasan untuk memperlahankan langkah dalam dunia seni.
Artikel Berkaitan: Hael Husaini Mengaku Dah Tak ‘Available’, Akan Kongsi Berita Perkahwinan Bila Tiba Masa
Artikel Berkaitan: Kes Penyelewangan Wang Berjumlah RM28,000, Hael Husaini Hadir Sebagai Saksi
Tiada istilah penat

Hael atau nama sebenar Hal Husaini Razmi, 37, berpegang pada satu prinsip hidup yang cukup jelas di mana dia menyatakan selagi Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak pernah mengeluh penat, maka dirinya juga tidak akan berbuat demikian.
Menurut Hael, figura seperti Siti Nurhaliza menjadi simbol disiplin dan dedikasi yang tidak pernah luntur meskipun sudah lebih dua dekad berada di persada muzik tanah air.
Saya mahu terus bertapak dalam industri, jadi tiada alasan untuk kata tak mahu beri komitmen dalam setiap kerja yang ada. Saya anggap semua…