Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

3 ditahan di India dikehendaki dalam kes jenayah terancang

today28 January 2026

Background


m kumar
Pengarah JSJ M Kumar mengumumkan penangkapan tiga individu yang ditangkap dengan kerjasama pihak berkuasa India. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:

Tiga individu ditangkap dalam Op Jack Sparrow dengan kerjasama pihak berkuasa India merupakan suspek yang dikehendaki kerana terlibat dalam kegiatan jenayah terancang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) M Kumar mengumumkan mereka ditangkap dengan bantuan pihak berkuasa Mumbai, kemudian dibawa pulang ke Malaysia, dan dituduh di Mahkamah Sesyen Sepang, petang tadi.

Kes disiasat bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi dua puluh tahun.

“Polis merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa India atas kerjasama erat yang diberikan,” menurut kenyataan.

Kelmarin, media India melaporkan tiga warga Malaysia yang diburu dalam Op Jack Sparrow bergelut dengan anggota keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post