

Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) akan memohon kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya mempertimbangkan semula keputusan memecat persatuan itu sebagai ahli.
Presiden PFA Zamri Ibrahim berkata, perkara itu antara isu yang dibincangkan dalam Kongres Tahunan PFA di Kangar hari ini.
Katanya, persatuan itu merancang mengemukakan permohonan selepas jawatankuasa baharu FAM dilantik.
“PFA tidak bercadang memohon keahlian baharu, sebaliknya akan mengemukakan permohonan supaya keputusan pemecatan sebelum ini ditarik balik,” katanya, lapor Bernama.
Pada kongres itu, jawatankuasa baharu PFA bagi sesi 2026 hingga 2030 turut dipilih, dengan Zamri dilantik semula sebagai presiden.
Pada 4 Sept tahun lepas, FAM dilaporkan memecat PFA sebagai ahlinya, selepas persatuan bola sepak negeri itu gagal…