

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengesa pihak yang melemparkan fitnah kononnya satu program melibatkan sekolah diadakan di gereja diminta tampil memohon maaf kerana kenyataan itu tidak benar dan menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.
Fadhlina berkata dakwaan yang tular itu boleh menjejaskan keharmonian lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.
“Kita ada terima aduan berkaitan satu kenyataan fitnah yang mendakwa kita (Kementerian Pendidikan) mengadakan program di gereja dan ia telah menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.
“Sebenarnya, program itu diadakan di sebuah sekolah antarabangsa iaitu satu sesi libat urus berkaitan dengan apa yang kita panggil sebagai pemegang taruh sekolah ataupun prasekolah swasta. Sesi itu berlaku dalam dewan.
“Ini bulan…