Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hanya pemegang permit khas sah dibenar isi petrol, diesel dalam tong

today26 March 2026

Background


PETROL BUDI95
Penduduk di kawasan pedalaman dan pulau, pengusaha industri makanan, pertanian, penternakan dan pelancongan antara yang layak mohon permit khas isi bahan api dalam bekas atau tong.
PETALING JAYA:

Hanya pemegang permit khas yang sah dibenarkan mengisi petrol atau diesel dalam bekas atau tong, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Tetapi, tegasnya, permit khas dikecualikan bagi situasi kecemasan dengan had pengisian tidak lebih 20 liter.

“Pematuhan kepada peraturan ini penting bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang,” katanya dalam catatan Facebook sambil menambah permohonan permit khas itu boleh dibuat menerusi portal https://spb.kpdn.gov.my.

Terdapat 10 kategori layak memohon permit khas, iaitu forklift, pengangkutan air, penduduk di kawasan pedalaman dan pulau, pengusaha industri makanan, rekreasi air, pertanian dan penternakan, bantuan kecemasan, penyelenggaraan, pelancongan serta pembinaan berskala kecil.

Petang tadi, Perdana Menteri,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post