

Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menolak khabar angin akan bertanding di Parlimen Kepala Batas pada PRU akan datang.
Khairy berkata, arwah bapa mentuanya dan bekas Ahli Parlimen kawasan itu, Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini pernah berpesan supaya Reezal Merican Naina Merican ‘menjaga’ Kepala Batas.
“Takkanlah saya tak menghormati keputusan dan hajat orang tua saya (Abdullah).
“Kepala Batas ini…waktu Pak Lah ada lagi dia pesan kepada kami. Kami ni dua anak buah dialah, saya menantu, Reezal ‘anak politik’ dia. Dia pesan kepada kami Kepala Batas biar Reezal yang jaga.
“Saya doakan yang terbaik untuk beliau dalam PRU akan datang, semoga dapat rampas semula Kepala Batas,” katanya ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Reezal di Bertam.
Beliau mengulas khabar angin akan dicalonkan di Kepala Batas iaitu kerusi diwakili…