Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Zaid Ibrahim akan sertai PAS, menurut laporan

today13 June 2026

Background


zaid
Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim antara nama disebut akan menyertai PAS, malam tadi.
PETALING JAYA:

PAS mengumumkan bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim, akan menyertainya, menurut laporan.

Beliau antara 14 nama yang disebut pada ceramah menjelang PRN Negeri Sembilan, di Seremban, malam tadi, yang dihadiri Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan, lapor Malaysia Gazette.

Zaid pernah menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu (2004-2008), dan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Mac-September 2008) semasa pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau juga pernah menjadi ahli Umno, PKR dan DAP, serta mengasaskan Parti Kesejahteraan Insan Tanah.

Turut dilapor akan menyertai PAS adalah Hamidah Othman iaitu bekas exco Perak dan bekas naib presiden Bersatu, serta bekas exco Negeri Sembilan, Rafie Abdul Malek.

Turut dinamakan bekas pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rosli Yaakop.

Terdahulu, Presiden PAS Hadi Awang mengumumkan beberapa individu termasuk bekas menteri, bekas exco dan ahli politik…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post