

Enam penumpang sebuah feri Pulau Pinang cedera parah selepas kapal itu berlanggar dengan sebuah lagi kapal malam ini, kata Jabatan Bomba Pulau Pinang.
Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata kemalangan yang berlaku kira-kira 8 malam itu melibatkan 92 mangsa, dengan enam daripada mereka cedera parah dan dibawa ke hospital.
“Keadaan di terminal terkawal, dengan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital manakala penumpang lain telah meninggalkan lokasi,” kata jabatan itu.
Ini merupakan perlanggaran pertama yang dilaporkan melibatkan perkhidmatan feri katamaran sejak ia mula beroperasi pada Ogos 2023.
Terdahulu, The Star melaporkan bahawa perlanggaran itu berlaku ketika feri tersebut dalam perjalanan ke Terminal Feri Butterworth dari Terminal Feri Raja Tun Uda di bahagian pulau.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: