

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan memberi tumpuan kepada tindakan susulan tegas dan menyeluruh terhadap laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) selepas memberikan keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Beliau berkata, langkah itu penting bagi memelihara amanah jutaan pendeposit serta mempertahankan kesucian harta umat Islam.
“Saya tegaskan bahawa fokus utama buat masa ini adalah memastikan tindakan susulan terhadap laporan RCI TH diselesaikan secara tegas dan menyeluruh,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Menurutnya, beliau meneliti semua dokumen berkaitan seperti Akta Tabung Haji dan laporan RCI sebelum menghadiri sesi itu.
Dalam sesi lebih dua jam itu, pelbagai soalan diajukan anggota PAC dan beliau menyifatkan pengalaman…