

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang tidak menemukan sebarang tanda kehadiran air dalam tangki simpanan petrol RON95 di sebuah stesen minyak di Batu Kawan, seperti dakwaan yang tular di media sosial.
Pengarah S Jegan berkata pemeriksaan dan penelitian dijalankan bersama wakil syarikat minyak serta pengusaha stesen berkenaan hari ini, susulan satu hantaran mendakwa berlaku masalah terhadap kenderaan selepas pengisian petrol RON95 di stesen minyak itu.
Pemeriksaan dan penelitian lanjut itu bertujuan mengenal pasti punca masalah, termasuk kemungkinan kehadiran air atau pencemaran dalam tangki simpanan serta sistem pengeluaran bahan api.
“Semakan terhadap rekod ‘Automatic Tank Gauge’ (ATG) bagi tangki RON95 secara menyeluruh, meliputi bacaan semasa pemeriksaan serta rekod bagi tempoh tiga hari…