

Penilaian teknikal dan pemeriksaan utiliti usang di kawasan berisiko berlaku lubang benam perlu dilaksanakan sebelum sebarang kelulusan pembangunan diberikan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memaklumkan perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-51, dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
“Pendekatan ini penting bagi memastikan aspek keselamatan awam dan risiko geologi diberi perhatian sejak peringkat awal perancangan pembangunan,” menurut KPKT menerusi kenyataan.
KPKT memaklumkan mesyuarat itu turut menggesa kerajaan negeri memperkasakan penyediaan tanah lapang awam berkualiti serta mempercepat proses pewartaan bagi menjamin akses rakyat kepada ruang rekreasi yang selamat, selesa dan mudah…