Berkali-kali ditegur tetapi terus mengendahkan larangan merokok oleh tuan kedai, akibatnya seorang lelaki cedera dilibas pisau pemotong daging oleh pemilik restoran di Taman Selasih, di Kulim semalam.
Pelanggan itu dipercayai sedang makan di premis berkenaan dan menurut laporan, kejadian berlaku selepas pemilik kedai makan itu menegur pelanggan berkenaan supaya tidak merokok dalam kawasan restoran berkenaan namun lelaki itu tidak mengendahkannya.

Berang dengan tindakan pelanggan itu, pemilik kedai bertindak melibas menggunakan pisau pemotong daging di perut pelanggannya.
“Pemilik kedai itu mengambil pisau lalu melibas lelaki itu dan terkena badannya namun dia hanya mengalami cedera ringan di perut kerana sempat mengelak,” katanya
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, kedua-dua mereka ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim berhubung kejadian itu.
Fuh macam dalam movie! Untuk korang semua, tolong patuhi arahan larangan merokok di dalam restoran supaya insiden ini seperti ini tidak berlaku lagi.
Post comments (0)