Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Berang Pelanggan Abaikan Larangan Merokok, Pemilik Kedai Ini Libas Pisau Pemotong Daging Di Perut!

today2 October 2020

Background

Berkali-kali ditegur tetapi terus mengendahkan larangan merokok oleh tuan kedai, akibatnya seorang lelaki cedera dilibas pisau pemotong daging oleh pemilik restoran di Taman Selasih, di Kulim semalam.

Pelanggan itu dipercayai sedang makan di premis berkenaan dan menurut laporan, kejadian berlaku selepas pemilik kedai makan itu menegur pelanggan berkenaan supaya tidak merokok dalam kawasan restoran berkenaan namun lelaki itu tidak mengendahkannya.

PISAU pemotong daging yang digunakan dalam pergaduhan dirampas polis. FOTO ihsan polis

Berang dengan tindakan pelanggan itu, pemilik kedai bertindak melibas menggunakan pisau pemotong daging di perut pelanggannya.

“Pemilik kedai itu mengambil pisau lalu melibas lelaki itu dan terkena badannya namun dia hanya mengalami cedera ringan di perut kerana sempat mengelak,” katanya

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, kedua-dua mereka ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim berhubung kejadian itu.

Fuh macam dalam movie! Untuk korang semua, tolong patuhi arahan larangan merokok di dalam restoran supaya insiden ini seperti ini tidak berlaku lagi.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Screenshot 2020-10-02 at 11.06.42 AM

Sosial

Akibat Kemaruk Nak Hilang Kedut, Muka Wanita Ini Lumpuh Sebelah

Nasib malang menimpa seorang wanita di bandar Hangzhou, Zhejiang apabila bahagian kiri wajahnya menjadi lumpuh selepas mendakwa menerima suntikan bagi menghilangkan kedutan. Lebih parah lagi, kesan sampingan yang dialami oleh wanita yang bernama Zhao, 29 tahun, dikhuatiri akan menjadi kekal dan ia tidak dapat dipulihkan. Agensi media antarabangsa melaporkan bahawa dia telah mendapatkan rawatan kecantikan di hospital pada 12 September lalu. Namun,... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today2 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *