Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Bukan Penyanyi Tapi Nak Menyanyi?”- Persembahan Dikritik Netizen, Harith Zazman Tetap Positif

today12 November 2020

Background

Persembahan penyanyi baharu yang semakin meningkat naik, iaitu Harith Zazman di Konsert Lazada 11:11 Super Show yang ditayangkan secara langsung di kaca TV baru-baru ini menarik perhatian ramai.

Ini kerana beliau bukanlah seorang penyanyi tetapi tampil berani menyanyikan lagu Cute, Stop Lah Being So Cute dihadapan jutaan penonton di rumah secara live. 

Seperti kebanyakan penyanyi lain, Harith juga menerima kritikan hebat mengenai suaranya yang dikatakan autotune dan perlukan latihan yang lebih.

Tidak mahu mengambil hati, Harith dilihat tetap positif dan memberitahu bahawa beliau sedang mengikuti kelas vokal untuk memperbaiki teknik nyanyian dan persembahannya.

Dulu tular kereta kabel, sekarang dah jadi penyanyi'

“Sebenarnya saya masuk industri ni sebab nak buat muzik bukan nak jual suara saya. Pada asalnya saya bukanlah penyanyi dan masih belajar malah saya sendiri sedang mengikuti kelas vokal” – kata Harith

Disebalik kritikan netizen, ada juga yang berpendapat Harith sudah menunjukkan usaha yang baik dan mendoakan supaya penyanyi lagu Cute itu terus sukses.

Dalam pada itu, Harith juga berharap supaya mereka di luar sana terima kekurangan dirinya dan berjanji akan berusaha lebih baik di masa akan datang.

You got this Harith, good luck!

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sukan

Pemain bimbang beraksi, batalkan sahaja – Ismail

Kuala Terengganu: "Pandangan saya pemain pun bimbang nak main jika perlawanan Piala Malaysia diteruskan kerana ia berbahaya sebab membabitkan sentuhan sebagaimana yang dimaklumkan kementerian kesihatan. "Jadi walaupun sukar untuk membuat keputusan, batal saingan itu adalah jalan terbaik dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) perlu membuat keputusan segera berhubung status terkini saingan Piala Malaysia bagi memudahkan pasukan untuk mengurus," ujar jurulatih berpengalaman, Ismail Zakaria. Semalam... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today12 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *