Persembahan penyanyi baharu yang semakin meningkat naik, iaitu Harith Zazman di Konsert Lazada 11:11 Super Show yang ditayangkan secara langsung di kaca TV baru-baru ini menarik perhatian ramai.
Ini kerana beliau bukanlah seorang penyanyi tetapi tampil berani menyanyikan lagu Cute, Stop Lah Being So Cute dihadapan jutaan penonton di rumah secara live.
Seperti kebanyakan penyanyi lain, Harith juga menerima kritikan hebat mengenai suaranya yang dikatakan autotune dan perlukan latihan yang lebih.

Tidak mahu mengambil hati, Harith dilihat tetap positif dan memberitahu bahawa beliau sedang mengikuti kelas vokal untuk memperbaiki teknik nyanyian dan persembahannya.

“Sebenarnya saya masuk industri ni sebab nak buat muzik bukan nak jual suara saya. Pada asalnya saya bukanlah penyanyi dan masih belajar malah saya sendiri sedang mengikuti kelas vokal” – kata Harith
Disebalik kritikan netizen, ada juga yang berpendapat Harith sudah menunjukkan usaha yang baik dan mendoakan supaya penyanyi lagu Cute itu terus sukses.


Dalam pada itu, Harith juga berharap supaya mereka di luar sana terima kekurangan dirinya dan berjanji akan berusaha lebih baik di masa akan datang.
You got this Harith, good luck!
Post comments (0)