Berat sungguh dugaan yang dihadapi penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal iaitu Alif Satar apabila selepas dirinya, kini perkhabaran sedih turut diterima selepas ibu bapa dan adik bongsunya pula disahkan positif Covid-19.
Lebih pilu adalah isteri kepada penyanyi itu, Shadila Halid yang meluahkan rasa sayu dan bimbangnya mengenai keadaan suami dan anak menerusi ruangan IG Story miliknya.

“Berat untuk tidak berasa tertekan. Kegelisahan, risau, mental sakit…Siapa yang betul-betul kuat untuk melalui semua ini?”
“Anak-anakku…Ya Allah, aku merayu bermohon pada-Mu lindungilah mereka…Semua ini berlaku diluar jangkaan ku…Lindungi mereka, Ya Allah,” luahnya
Sebagai kontak rapat, Shadila dan tiga cahaya mata, Alisha Anugerah, 4, Ariana Mecca, 2, dan Muhammad Ali, 1, sudah melakukan ujian Covid-19 di kediamannya pada 23 November 2020.
View this post on Instagram
Dalam pada itu menerusi laporan BH Online, keputusan ujian swab test itu dijangka diketahui dalam tempoh 24 jam.
“Saya minta jauh daripada dijangkiti pandemik COVID-19, selama ini. Satu pengalaman yang saya percaya semua orang enggan melaluinya, tetapi akhirnya datang juga.”
“Saya hanya reda dan pasrah. Jauh di lubuk hati, saya mengharapkan keputusan yang diperoleh menyebelahi saya dan anak-anak.”
View this post on Instagram
“Saya menitiskan air mata melihat tiga cahaya mata perlu melalui ujian calitan. Anak sulung agak okay dan hanya terkejut apabila melakukan ujian calitan pada bahagian hidung dan mulut.”
“Anak kedua mulanya agak takut, tetapi berjaya ditenteramkan. Anak bongsu pula hanya menangis sekejap, kemudiannya kembali tenang,” katanya.”
Update terkini, Alif memberi tahu bahawa isteri dan anak-anaknya bebas dari Covid-19 dan akan terus kuarantin di rumah selama 2 minggu.
View this post on Instagram
Post comments (0)