Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Its Hard Not To Breakdown”- Isteri Alif Satar Sayu, Panjat Doa Mohon Diberikan Kekuatan

today24 November 2020

Background

Berat sungguh dugaan yang dihadapi penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal iaitu Alif Satar apabila selepas dirinya, kini perkhabaran sedih turut diterima selepas ibu bapa dan adik bongsunya pula disahkan positif Covid-19.

Lebih pilu adalah isteri kepada penyanyi itu, Shadila Halid yang meluahkan rasa sayu dan bimbangnya mengenai keadaan suami dan anak menerusi ruangan IG Story miliknya.

“Berat untuk tidak berasa tertekan. Kegelisahan, risau, mental sakit…Siapa yang betul-betul kuat untuk melalui semua ini?”

“Anak-anakku…Ya Allah, aku merayu bermohon pada-Mu lindungilah mereka…Semua ini berlaku diluar jangkaan ku…Lindungi mereka, Ya Allah,” luahnya

Sebagai kontak rapat, Shadila dan tiga cahaya mata, Alisha Anugerah, 4, Ariana Mecca, 2, dan Muhammad Ali, 1, sudah melakukan ujian Covid-19 di kediamannya pada 23 November 2020.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shadila Halid (@shadilahalid)

Dalam pada itu menerusi laporan BH Online, keputusan ujian swab test itu dijangka diketahui dalam tempoh 24 jam.

“Saya minta jauh daripada dijangkiti pandemik COVID-19, selama ini. Satu pengalaman yang saya percaya semua orang enggan melaluinya, tetapi akhirnya datang juga.”

“Saya hanya reda dan pasrah. Jauh di lubuk hati, saya mengharapkan keputusan yang diperoleh menyebelahi saya dan anak-anak.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shadila Halid (@shadilahalid)

“Saya menitiskan air mata melihat tiga cahaya mata perlu melalui ujian calitan. Anak sulung agak okay dan hanya terkejut apabila melakukan ujian calitan pada bahagian hidung dan mulut.”

“Anak kedua mulanya agak takut, tetapi berjaya ditenteramkan. Anak bongsu pula hanya menangis sekejap, kemudiannya kembali tenang,” katanya.”

Update terkini, Alif memberi tahu bahawa isteri dan anak-anaknya bebas dari Covid-19 dan akan terus kuarantin di rumah selama 2 minggu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sukan

‘Apa nak hairan Safawi tak main lagi’

Kuala Lumpur: Status pemain terbaik Malaysia belum menjamin tempat tonggak Harimau Malaya, Safawi Rasid dalam kesebelasan utama kelab Portugal, Portimonense SC. Itu peringatan bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli kepada Safawi yang kini masih lagi memanaskan bangku simpanan selepas menyertai Portimonense 4 Oktober lalu. Beliau yang pernah berkelana ke kelab Ligue 1, RC Strasbourg sebelum dipinjamkan kepada FCSB Haguenau berkata, sudah lumrah Safawi tidak diberikan... Klik sini untuk baca […]

today23 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *