Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Dengan Sekali Lafaz, Zetty Hot FM Sah Milik Pemain Bola Sepak

today10 December 2020

Background

Tahniah! buat penyampai radio Hot FM Zetty yang telah selamat diijabkabulkan dengan pemain bola sepak pada 10 Disember 2020.

Tepat jam 10:30 pagi, Zetty atau Zetty Nabila dinikahkan ayah kandungnya Muhamad Ghazali bin Mohd Sali di Pejabat Agama Islam Sepang.

Memilih pemain bola sepak sebagai jejaka pilihan hatinya, Zetty sah bernikah dengan Ahmad Khairil Anuar atau mesra digelar Beto.

Menurut Zetty, beliau akan mengadakan majlis secara sederhana di kediaman keluarganya selepas akad nikah susulan kerajaan ketika ini sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sekitar Lembah Klang.

Zetty menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan sebentuk cincin selain perhiasan serba berdiri dan wang hantaran seperti yang telah dipersetujui kedua belah keluarga.

Aww! Tahniah sekali lagi buat Zetty, semoga ikatan perkahwinan yang dibina ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat..

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *