Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ialah merupakan Tengku Mahkota Pahang, yang juga anakanda kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16.
Seperti bondanya iaitu Raja Permaisuri Agong, Tengku Hassanal Ibrahim turut aktif di laman Instagram.
Pada 9 Disember 2020, putera itu telah memuat naik satu video di Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Dengan caption ringkas “Part Time” yang ditulis, video yang dikongsikan itu menunjukkan aksi baginda membantu pemilik sebuah gerai dengan menjual makanan.
Turut menarik tumpuan apabila baginda diajar cara untuk membungkus makanan menggunakan kertas pembalut.
Di ruangan komen pula, ramai netizen suka akan perkongsian yang dimuat naik tersebut.

Pandai betul Tengku Mahkota Pahang ini mengambil hati rakyat.
Semoga baginda terus sentiasa sihat sejahtera hendaknya.
Sumber: Instagram Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Post comments (0)