Belum reda dengan drama rantaian Bougainvillea, pelakon Nad Zainal baru-baru ini telah memuat naik satu opening montage karya baharu daripada penulis skrip terkenal Shahrulezad Mohameddin atau Budat Ijat.
Umum mengetahui tulisan Budak Ijat tidak pernah mengecewakan selepas berjaya memukau mata penonton dengan drama-drama sebelum ini termasuklah Seputeh Qaseh Ramadan, Emil Emilda, Kerana Cintaku Saerah, Ramadan Yang Hilang, Nur dan banyak lagi.
Jom kita tengok opening montage drama terbaharu berjudul Takdir Yang Tertulis:-
View this post on Instagram
Ternyata mantap barisan pelakon yang bakal menjayakan drama ini termasuklah Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, Alvin Chong dan ramai lagi.
Menurut Nad Zainal yang akan membawa nama Juweta, Takdir Yang Tertulis akan memaparkan sisi sebaliknya selepas sudah serik membawa watak baik dalam drama sebelum ini.
Selain itu, ia juga ditulis dan dilakonkan khas buat perampas kebahagiaan rumahtangga orang lain.
View this post on Instagram
Menerusi ruangan komen, rata-rata teruja dan tidak sabar menantikan kemunculan drama ini di kaca televisyen.


Bakal mengisi slot Samarinda TV3, drama 15 episod ini akan ditayangkan mulai 21 Januari 2021 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam.
Sumber daripada: Instagram Nad Zainal
Post comments (0)