Biasanya kalau orang post gambar pakai baju pengantin ni mesti la tengah dalam persediaan nak mendirikan rumah tangga kan?
Adakah ini maksudnya pelakon Uqasha Senrose tengah menghitung hari untuk untuk naik pelamin bersama pasangannya, Kamal Adli?

Ruangan komen foto yang dimuat naik oleh Uqasha itu telah dibanjiri oleh peminatnya dengan kata-kata pujian apabila pelakon drama Tundukkan Playboy itu kelihatan sangat cantik dengan persalinan busana pengantin tersebut.

Namun hakikatnya foto itu bukan la untuk pre wedding atau majlis perkahwinannya, tetapi khas untuk photoshoot bersama dengan sebuah jenama barang kemas terkenal.
View this post on Instagram
Lebih menarik lagi apabila Kamal turut meninggalkan komen di foto tersebut mengenangkan peristiwa beliau melamar Uqasha di atas pentas ketika sebuah program siaran langsung pada 20 Disember lalu.

Fuhh, terkejut ingatkan Uqasha betul-betul dah nak kahwin dengan Kamal tadi.
Apa pun, semoga urusan antara Uqasha dan Kamal akan dipermudahkan!
Sumber foto: Instagram Uqasha Sensore
Post comments (0)