Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Muat Naik Foto Pakai Baju Pengantin, Uqasha Senrose Dah Nak Naik Pelamin?

today14 February 2021

Background

Biasanya kalau orang post gambar pakai baju pengantin ni mesti la tengah dalam persediaan nak mendirikan rumah tangga kan?

Adakah ini maksudnya pelakon Uqasha Senrose tengah menghitung hari untuk untuk naik pelamin bersama pasangannya, Kamal Adli?

Ruangan komen foto yang dimuat naik oleh Uqasha itu telah dibanjiri oleh peminatnya dengan kata-kata pujian apabila pelakon drama Tundukkan Playboy itu kelihatan sangat cantik dengan persalinan busana pengantin tersebut.

Namun hakikatnya foto itu bukan la untuk pre wedding atau majlis perkahwinannya, tetapi khas untuk photoshoot bersama dengan sebuah jenama barang kemas terkenal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Lebih menarik lagi apabila Kamal turut meninggalkan komen di foto tersebut mengenangkan peristiwa beliau melamar Uqasha di atas pentas ketika sebuah program siaran langsung pada 20 Disember lalu.

Fuhh, terkejut ingatkan Uqasha betul-betul dah nak kahwin dengan Kamal tadi.

Apa pun, semoga urusan antara Uqasha dan Kamal akan dipermudahkan!

Sumber foto: Instagram Uqasha Sensore

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

5000

Sosial

Lihat Rakaman Situasi ‘Tenang’ Dialami Rakyat Jepun Saat Gempa 7.1 Gegarkan Wilayah Fukushima

Gempa berukuran 7.1 magnitud menggegarkan wilayah Fukushima, Jepun, pada Sabtu malam. Japan Times melaporkan bahawa pusat gempa berada pada kedalaman 60 kilometer di lepas pantai Prefektur Fukushima, pada pukul 11.08 malam waktu tempatan. Namun sejak kejadian semalam masih belum ada amaran tsunami yang dilaporkan bakal berlaku di sana. Sebagai langkah berjaga-jaga, penduduk disarankan untuk berpindah ke tempat yang lebih tinggi. Sementara itu, New York Times melaporkan, pusat gempa... Klik sini […]

today14 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *