Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Terima Pelbagai Kritikan Mengenai Ending Drama Takdir Yang Tertulis, Ini Respon Padu Budak Ijat

today17 February 2021

Background

Pelbagai respon, pujian dan kritikan diterima pengarah dan penerbit untuk drama Takdir Yang Tertulis (TYT) iaitu Shahrulezad bin Mohameddin atau lebih dikenali sebagai budak Ijat.

Menerusi episod terakhir yang ditayangkan pada malam 16 Februari 2021 di TV3 itu, ramai penonton termasuk pelakon utama drama berkenaan, terkejut beruk dengan pengakhiran drama tersebut.

Siapa sangka, ending Takdir Yang Tertulis diakhiri dengan plot twist di mana Hakim yang juga peguam kepada Che Salmah dan Azlan, rupanya ayah kepada Mika.

Fuh menusuk kalbu dan emosi betul jalan cerita yang di arahkan oleh Budak Ijat ni, min pun ikut terkejut beruk sekali dengan plot twist drama tersebut.

Dalam pada itu, pengarah drama berkenaan turut memuat naik status di laman Instagram, mengenai respon beliau terhadap kritikan dan komen-komen penonton mengenai ending drama tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

“Haa… Cepat. Korang nak ending yg macam mana ni? Boleh aku sumbat ending yg korang nak tu dalam TYT2, 3,4,5 atau TYT13 nanti. Dah masing2 nak ending ikut tekak memasing kan. So abam layankan ajer lah. Asal jgn mati berdiri sudah ?” tulis Budak Ijat

Nampaknya ramai juga yang tidak puas hati dengan ending drama berkenaan, tampil menulis di ruangan kapsyen, Budak Ijat turut mengusik penonton bertanyakan mereka ‘ending’ macam mana yang mereka mahukan untuk dimasukkan di dalam TYT yang seterusnya.

Lihat sahaja respon-respon pengikutnya di laman Instagram ini :

Susah sebenarnya nak puaskan hati semua orang ni, tapi apa apa pun min salute Budak Ijat sebab buat cerita yang tidak cliche dan sentiasa mendebarkan.

Korang puas hati tak dengan ending drama TYT ni? Ke nak sambungan lagi?

 

Sumber : Instagram Budak Ijat

Baca artikel berkaitan : “Satu Malaysia Kena Tipu,” Penonton Mahu Takdir Yang Tertulis 2

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

[VIDEO] “Nak Pergi KLCC?” – Viral Gelagat Oyen Minta Tolong Pemandu Bas Bawa Berjalan

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berasa terhibur melihat gelagat si Oyen yang mahu berjalan menaiki bas itu.Malah, ada yang bergurau dengan mencadangkan agar Oyen mengambil grab pada waktu sebegini untuk menuju ke tempat tersebut.Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 8K likes, 645 comments dan 1.5K shares di Facebook.Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

today17 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *