Pelbagai respon, pujian dan kritikan diterima pengarah dan penerbit untuk drama Takdir Yang Tertulis (TYT) iaitu Shahrulezad bin Mohameddin atau lebih dikenali sebagai budak Ijat.
Menerusi episod terakhir yang ditayangkan pada malam 16 Februari 2021 di TV3 itu, ramai penonton termasuk pelakon utama drama berkenaan, terkejut beruk dengan pengakhiran drama tersebut.
Siapa sangka, ending Takdir Yang Tertulis diakhiri dengan plot twist di mana Hakim yang juga peguam kepada Che Salmah dan Azlan, rupanya ayah kepada Mika.

Fuh menusuk kalbu dan emosi betul jalan cerita yang di arahkan oleh Budak Ijat ni, min pun ikut terkejut beruk sekali dengan plot twist drama tersebut.
Dalam pada itu, pengarah drama berkenaan turut memuat naik status di laman Instagram, mengenai respon beliau terhadap kritikan dan komen-komen penonton mengenai ending drama tersebut.
View this post on Instagram
“Haa… Cepat. Korang nak ending yg macam mana ni? Boleh aku sumbat ending yg korang nak tu dalam TYT2, 3,4,5 atau TYT13 nanti. Dah masing2 nak ending ikut tekak memasing kan. So abam layankan ajer lah. Asal jgn mati berdiri sudah ?” tulis Budak Ijat
Nampaknya ramai juga yang tidak puas hati dengan ending drama berkenaan, tampil menulis di ruangan kapsyen, Budak Ijat turut mengusik penonton bertanyakan mereka ‘ending’ macam mana yang mereka mahukan untuk dimasukkan di dalam TYT yang seterusnya.
Lihat sahaja respon-respon pengikutnya di laman Instagram ini :

Susah sebenarnya nak puaskan hati semua orang ni, tapi apa apa pun min salute Budak Ijat sebab buat cerita yang tidak cliche dan sentiasa mendebarkan.
Korang puas hati tak dengan ending drama TYT ni? Ke nak sambungan lagi?
Sumber : Instagram Budak Ijat
Baca artikel berkaitan : “Satu Malaysia Kena Tipu,” Penonton Mahu Takdir Yang Tertulis 2
Post comments (0)