Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Cikgu Praktikal Pilihan,” Wajah Ada Iras, DSV Muat Naik Foto Ala-Ala Datuk Seri Rina Harun

today9 March 2021

Background

Sekali pandang tak nampak sama, tapi bila tenung lama-lama memang sah wajah usahawan jutawan Dato’ Seri Dr. Hajah Vida atau lebih mesra disapa dengan panggilan DSV ini ada iras-iras dengan wajah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun!

Lebih jelas lagi apabila DSV memuat naik fotonya yang disatukan dengan foto Datuk Seri Rina Harun, lagi la nampak macam adik beradik ya.

Caption yang ditulis oleh DSV turut membuatkan ramai terhibur dan mengakui bahawa beliau mempunyai gaya seorang guru yang bergaya ala ala datin ke sekolah.

Untuk pengetahuan, sebelum ini DSV pernah menjadi warga pendidik selama 12 tahun di sebuah sekolah Cina di Ipoh, Perak.

Sebelum ini, ketika foto Datuk Seri Rina tular photoshoot di pejabat sehingga ada yang menyamakan beliau dengan imej seorang guru praktikal.

Apa pun dua dua wanita ini merupakan wanita yang hebat dan mampu untuk membuat perubahan kepada diri masing-masing!

Sumber foto: Instagram DSV

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post