Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Menjelang AJL Ke-35, Finalis & Kru Jalani Ujian Calitan

today9 March 2021

Background

Umum mengetahui Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL 35) yang sepatutnya berlangsung pada awal Februari lalu sudah pun ditangguhkan.

Ia selepas pihak berkuasa membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain menasihati pihak produksi agar menangguhkan ke suatu tarikh yang baharu.

Bagaimanapun, selepas perbincangan dilakukan oleh pihak produksi selain meneliti beberapa perkara, mereka memutuskan untuk memilih 14 Mac sebagai tarikh berlangsungnya AJL 35.

Namun sebagai langkah berjaga-jaga, mereka mengambil pendekatan untuk mengadakan anugerah berprestij itu tanpa penonton dan menasihati finalis serta kru yang terlibat untuk menjalani ujian calitan COVID-19.

Pada 9 Mac, rata-rata yang terlibat memuat naik video dan foto mereka sedang menjalani ujian berkenaan di laman Instagram masing-masing:-

1) Aina Abdul (Semalam)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

2) Amir Masdi (Kau Sakiti)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AM (@amir.masdi)

3) Wany Hasrita (Belenggu Rindu)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WH (@wanyhasrita)

5) Haziq Hussni (Pengacara)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm)

6) Zizi Kirana (Eh)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

7) Muaz (Pengacara Karpet Merah)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MuazMohamed (@heymuazkoolfm)

Ujian calitan ini perlu dilakukan segera sebelum produksi dibenarkan memasuki Auditorium MBSA untuk membuat persiapan.

Sebelum ini, episod ketiga, Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) dibatalkan pada saat akhir berikutan salah seorang peserta SFMM35 episod pertama, Alif Satar disahkan positif wabak tersebut.

Dalam perkembangan lain, AJL 35 masih mengekalkan 10 juri terpilih untuk menilai lagu yang layak dijulang sebagai juara.

Written by: Azra Azuar


Previous post