Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Baru Nak Buat TikTok Dengan Kucing Kesayangan, Hidung Zara Zya Tiba-Tiba Berdarah!

today16 April 2021

Background

Sekarang ini cuaca sedang berubah-ubah, kadang-kadang panas terik dan secara tiba-tiba hujan boleh turut dengan lebat bersama angin kencang tanpa diduga.

Mungkin disebabkan itu pelakon Zara Zya mengalami panas dalam badannya sehingga menyebabkan hidung beliau berdarah.

@zarazyaofficial♬ original sound – ZaraZya

Kejadian itu berlaku ketika Zara sedang membuat video TikTok bersama dengan kucingnya yang bernama Beshetik dan tanpa disangka darah dari hidungnya terus menitik.

Disebabkan kejadian tersebut, Zara sendiri terkejut dengan apa yang berlaku dan beliau terus mengelap darah tersebut daripada terus mengalir.

Para peminatnya yang menonton video tersebut turut terkejut dan menasihati pelakon drama PIA untuk sentiasa minum air masak setiap masa.

Semoga Zara baik-baik sahaja dan dijauhkan daripada sebarang penyakit yang berbahaya.

Peringatan juga kepada semua untuk banyakkan minum air kosong ketika sahur dan berbuka agar badan kita dapat bertahan seharian.

Sumber foto dan video: Instagram dan TikTok Zara Zya

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post