Nama PU Azman sememangnya dikenali dengan dakwah lucu yang sering mendapat perhatian ramai sehingga membuatkan kebanyakan anak muda tertarik dengan caranya itu.
Namun kali ini, PU Azman tampil memberi kelainan dengan mula menceburi bidang lakonan secara serius.
Beliau telah memuat naik satu video pendek di sebalik tabir drama yang dilakonkannya sebagai seorang anak derhaka.
View this post on Instagram
Menerusi video berkenaan, PU Azman telah memberikan lakonan yang bersungguh-sungguh sehingga kebanyakan pengikutnya memuji bakat beliau.
Walaubagaimanapun, ada antara pengikutnya rasa terkesan dengan dialog yang dilontarkan oleh pendakwah kelahiran dari Negeri Sembilan itu.

Baginya bukan mudah untuk membawa watak sebagai anak derhaka lebih-lebih lagi apabila beliau bukan lah seorang anak yang bersikap begitu, lebih-lebih lagi apabila beliau turut telah kehilangan ibu yang tercinta.
“Berat aku nak bawak watak ni. Teringat arwah mak. Aku taklah derhaka sampai macam tu. Tapi bila babak melibatkan hubungan anak dan mak.”
Di sebalik drama yang dilakonkan olehnya, turut terselit dakwah yang tersirat dan tersurat, boleh lah juga PU Azman buat tugas 2 dalam 1 kan.
Tapi menjadi juga lakonan PU Azman ni, lepas ni boleh la jadi pelakon utama pula ya!
Sumber foto dan video: Instagram PU Azman