Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

‘Sekelip Mata’ Sahaja Badan Dah Jadi Macam The Rock, Ismail Izzani Akui Rasa Berbaloi

today26 April 2021

Background

“Wow! Macam mana nak sado macam tu mail…berapa lama tak makan nasi erk kalau nak bicep macam tu..kan kena jadi zero fat kat perut baru nampak sixpack kan”

Kita mungkin pernah dimomokkan dengan banyak mitos berkenaan penurunan berat badan. Misalnya, jangan ambil sarapan jika mahu turunkan berat badan ialah antara ‘tips’ paling popular tatkala kita dalam usaha menguruskan berat badan.

Bagi mereka yang merasakan dirinya sering ‘dihantui’ dengan saiz bentuk badan yang tidak ideal, pastinya mereka ini sering berasa tidak yakin dan ingin melakukan sesuatu perubahan ke atas tubuh badan mereka.

Hal yang demikian, penyanyi Ismail Izzani kini telah menjadi perhatian umum setelah bentuk badannya telah berubah menjadi lebih sasa berbanding dirinya yang sebelumnya.

Ismail Izzani atau lebih mesra dipanggil mail telah memuat naik satu video TikTok yang mempamerkan ‘perjalanannya’ dari saat pertama beliau memulakan sesi membina badan sehingga perkembangan terkini saiz badannya yang dikatakan seakan-akan pelakon Hollywood terkenal, The Rock.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ismailizzani_

“It was a blink of an eyes”, That’s what people said

“But I say it as a journey”

Menurut sebuah laman portal, Mail mengakui bahawa dirinya sering berasa terlalu kurus dan menginginkan sebuah bentuk badan yang kelihatan lebih ‘besar’ dan gagah.

Beliau juga menyifatkan saiz kecil atau besar bukan sesuatu yang ingin dicapai namun, pengambilan makanan yang sihat merupakan ‘target’ utama dalam perubahan yang ingin disasarkan.

Ramai antara kita sebenarnya sering menyalah tafsir dengan menganggap jika seseorang itu ingin membuat perubahan ke atas dirinya adalah melalui proses bersenam sahaja, namun pengambilan makanan yang betul merupakan faktor utama bentuk badan akan kelihatan lebih langsing dan sihat serta membantu untuk mengurangkan berat badan ke tahap yang lebih ideal dengan ketinggian.

“Keep going,ignore those idiots who’s saying it’s too big?”

Walau bagaimanapun, rata-rata warganet meluahkan pendapat mereka bahawa perubahan penampilan penyanyi Budak Baru Nak Up (BBNU) ini mungkin kelihatan begitu drastik dan tidak sesuai dengan saiz wajah kecil yang dimilikinya.

Namun, kegigihan serta effort yang dilakukan oleh Mail ini harus diberi pujian kerana bukan mudah untuk melakukan sesuatu perubahan kerana ia memerlukan daya konsistensi dan ketekalan yang teguh.

Mail yang mula mencipta nama dengan fenomena gerak-tari badannya yang ‘lembut’ dan seiring dengan muzik itu mengganggap bentuk badannya ini mungkin akan kelihatan lebih menarik jika tidak terlalu besar atau terlalu kecil seperti yang sebelumnya.

Jelasnya, perubahan yang dilakukan ini adalah semata-mata untuk kepuasan dirinya agar lebih yakin di khalayak umum dan bukan atas paksaan sesiapa.

Betul tu! Biarlah Mail nak kecilkan badan ke besarkan badan ke, yang penting gaya pengambilan makanan Mail tu berada dalam portion yang betul dan sihat.

Goodluck Abang Sado!

Ditulis Oleh : Puteri Haideera Zuraidi

Sumber : Instagram Izmail Izzani

Written by: Azra Azuar


Previous post